5 SEBAB KENAPA PERMOHONAN LOAN RUMAH TAK LULUS.
1. Rekod CCRIS tak cantik. Ada tunggakan.
Setiap kali bank proses permohonan pinjaman, mereka akan periksa sistem CCRIS (Central Credit Reference Information System).
CCRIS, yang diuruskan oleh Bank Negara, akan sediakan maklumat pembayaran hutang si peminjam untuk tempoh 12 bulan terakhir.
Jika anda mempunyai hutang dengan bank, automatik anda ada rekod CCRIS. Pastikan rekod pembayaran cantik dan tiada sebarang tunggakan. Jika ada tunggakan, permohonan loan anda tidak akan diterima.
2. Documentation tak bagus.
Buat bisnes— tak ada ssm, tak ada bank statement companya. Lebih bagus declare income tax.
Buat grab, halo delivery, affiliate dan foodpanda — kena ada payment voucher dan income transfer ke bank.
Kerja makan gaji- pastikan carum kwsp dan amount caruman sama dengan payslip. Amount gaji dalam payslip dan yang masuk ke bank pon kena sama.
Kalau gaji dapat cash? — boleh try, asalkan ada caruman kwsp.
3. Gaji bersih sangat rendah.
Jika gaji bersih anda rendah, bank juga sukar untuk menerima pembiayaan anda. Bank akan menitikberatkan NDI (kos sara hidup) anda.
Jika komitmen bulanan sedia ada anda tinggi dan NDI tidak mencukupi, loan anda akan sukar untuk lepas. Setiap bank NDI tak sama. Faktor tempat tinggal dan tempat kerja juga memberi kesan kepada NDI anda.
Contoh ada satu bank ni, mereka kira NDI di Perak RM700, di Selangor dan Kuala Lumpur RM1500, di Penang RM1000.
4. Faktor pekerjaan
Dengan ekonomi yang tak menentu, amat penting bank menyemak di mana kita bekerja dan tempoh perkhidmatan kita di situ. Jika bekerja di sektor kerajaan atau syarikat besar mungkin tak ada masalah. Kestabilan tempat kerja kita juga diutamakan.
Jika gaji kita langsung tidak dicarum dengan kwsp, slip gaji ibarat tidak laku. Sangat susah untuk buat loan rumah.
Namun, jika anda bekerja di tempat yang biasa sahaja, anda jangan risau. Anda masih ada peluang untuk membuat pinjaman bank, namun anda perlukan usaha lebih seperti perlukan cop dan tandatangan majikan atau surat pengesahan jawatan anda.
5. Blacklist/ ada rekod dengan AKPK
Yang ni memang tak boleh tolong. Kalau anda berada dalam golongan ni, anda kena settlekan dulu akpk atau blacklist. Lepas dah settle baru boleh apply loan.
.
.
Saya bagi 5 sebab dulu. Tapi anda perlu tahu, lain bank lain kriterianya. Jika permohonan anda di bank A tidak lulus, tak semestinya bank B juga akan reject.
Ada bank yang akan terima permohonan anda. Cuma anda perlukan usaha yang lebih untuk ke bank lain. Pastikan profile kewangan anda cantik untuk memudahkan kelulusan permohonan anda.
Tanya agent anda. Biasanya mereka lebih arif dan pakar berkaitan loan. Tangok sahaja profile dan status kewangan anda, mereka dah tahu bank mana lebih senang lulus.
Nak tanya saya pon boleh. Saya cuba semampu mungkin.
insyaAllah.
Rubi Hasman
– alhamdulillah satu loan buyer bisnes lulus harini 🤲 beli rumah baru di Simpang Taiping.
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners