ANTARA KETAKUTAN SAYA DALAM MEMBELI RUMAH UNTUK DIRI SENDIRI

Antara KETAKUTAN saya dalam membeli rumah untuk diri sendiri. 🥲

1. Beli rumah yang tak kena dengan poket sendiri. Nak beli rumah kayangan, tapi duit seciput saja. Last last rumah kena lelong.

2. Beli rumah yang salah tempat. Nak sewakan tak ada demand, nak jual lambat naik value.

3. Beli rumah yang over market value dan tak ada pelan berdaftar. Dah beli lama, tapi market value tak naik walaupun rumah dah reno secantik istana.

4. Beli rumah lelong, owner/penyewa takmau keluar. Malas betul nak buat urusan menghalau mereka.

5. Sewakan rumah sendiri, dapat penyewa dari neraka. Bulanan tak bayar, rumah dia rosakkan.

6. Beli rumah untuk flip kononnya. Tapi dah siap repair rumah tak terjual seperti harga yang saya expect. Kawasan tak ada demand rupanya. Duit dah banyak tersadai dekat rumah tersebut, tak boleh rolling.

7. Beli rumah busuk, nak repair dan reno. Sekali contractor buat kerja separuh. Nak cari contractor lain, makan modal semula.

8. Dah deal satu harga dengan owner sebelum submit loan. Loan dah lulus dia nak naikkan harga pula.

9. Beli rumah di kawasan yang dijanjikan future develoment gila gila, sekali semuanya tinggal harapan sahaja. Projek tak jadi, rumah kita pon tak ada demand.

.
.

Semua risiko ni boleh dikurangkan dengan ilmu. Kalau kita tak ada ilmu, bertanya pada orang yang sepatutnya, yang ada pengalaman dalam bidang ni.

Rubi hasman
-suka beli rumah

Add Your Heading Text Here