NAK JUAL RUMAH TAK IKUT MARKET VALUE? 😳😳
Tuan tuan dan puan puan,
Ya betul. Tuan puan boleh je jual rumah ikut harga yang kalian nak. Mungkin ada yang akan beli.
Tapi.
1. Loan pembeli boleh buat maksimum ikut market value rumah. Walaupun kelayakan pembeli lebih tinggi atau sama dengan harga jualan rumah, tapi jika market value rendah bank akan bagi financed ikut mv sahaja.
Contoh :
Harga jualan rm250k
Market value rm200k
Kelayakan pembeli rm300k.
So, bank akan bagi loan rm200k sahaja. Ikut market value. Rm50k lagi pembeli kena tambah cash sendiri dekat penjual.
2. Normally, pembeli takkan mahu beli rumah yang over market value. Kecuali kalau rumah kalian sangatlah special. Contoh, dijual sekali perabot yang mahal mahal. So, berbaloi lah pembeli beli walaupun over market value kan?
3. Kebanyakan pembeli bergantung pada loan untuk beli rumah. Tambah tambah sekarang ni banyak yang nak guna 100% loan. So, bila mereka tahu rumah tu tak boleh buat loan 100%, mereka jadi tak berminat.
4. Kebanyakan pembeli tidak ready untuk mengeluarkan simpanan terlalu banyak. Mereka normally akan menyimpan untuk bayar deposit, lawyer fee dan valuer sahaja. Jumlah perbezaan antara market value akan membebankan pembeli nanti.
Ingat ya, kita hanya boleh buat loan maksimum ikut market value sahaja walaupun kelayakan loan kita tinggi. Atau harga jualan lebih tinggi.
Faham tak?
Tapi kalau jual bawah market value sangat, rugi pula kan. 😂
.
.
Jadi semak la market value rumah anda dulu sebelum jual.
Rubi hasman
-penjual rumah
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. ​Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, ​Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks ​mentioned here are copyrighted by their respective owners