
RUMAH KENA LELONG, APA KESANNYA KEPADA OWNER?🏠
Baru baru ni ada seseorang contact saya. Beliau dah tak mampu nak bayar installment bulanan rumah dan dah dapat notis dari bank untuk lelongkan rumah beliau.
“Puan, saya dah pening kepala nak fikir. Kalau saya biar je rumah ni kena lelong apa akan jadi ya?”
Tuan tuan dan puan puan,
Apa akan jadi kalau rumah kita kena lelong?
1. Nama masuk rekod ctos dan ccris.
Rekod kita dah teruk. Next time nak buat apa apa pinjaman dah susah.
2. Mental down. Hidup rasa terbeban.
Bila rakan rakan atau jiran tahu yang rumah kita bakal kena lelong, pasti kita akan rasa malu. Keluar rumah, orang tanya tanya.
Bila rumah masuk dalam list lelongan, pasti orang akan tahu. Kemudian akan ada orang yang akan datang tengok rumah kita , nak tanya itu ini kepada kita. Mereka nak survey untuk bida rumah kita.
3. Default rate mungkin sudah naik. Sebab kita dah lama tak bayar bulanan. Biasanya bank naikkan sampai 7-8%. Bila default rate naik, baki hutang juga akan naik.
Makin lama tak bayar, makin banyak hutang kita.
4. Kena topup duit.
Harga pembida beli mungkin lebih rendah dari baki hutang kita. Jadi siapa yang kena bayar wang beza tersebut? Mestilah kita sendiri.
Dah la rumah kena lelong, kena cari duit untuk bayar wang beza pula. Kalau tak mampu bayar, boleh jadi kita diisytiharkan muflis. Parahh.
5. Duit dapat lambat.
Jika harga yang pembida menang lebih tinggi dari baki hutang kita, kita masih boleh dapat keuntungan. Tapi nak dapatkan duit tu sangat lambat berbanding jual secara subsale.
Kos lelongan juga tinggi. Pelelong akan tolak kos kos lelongan (legal fee, valuation fee, etc) dari keuntungan kita.
.
.
Jadi kalau kita dah tak mampu bayar installment rumah, apa perlu buat?
Jual rumah tersebut dengan segera. Rumah masih boleh dijual selagi tak ada siapa yang beli rumah kita melalui lelongan.
Kalau dah dapat warning letter atau information letter dari bank tentang lelongan rumah kita, masih boleh jual tapi kena cepat.
Dapatkan khidmat ejen hartanah terdekat dengan anda.
Rubi Hasman
Real Estate Negotiator.
-pernah jual rumah yang hampir dilelong secara subsale
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners