BOLEH KE OWNER NAK JUAL RUMAH LEBIH DARI MARKET VALUE?

Boleh ke owner nak jual rumah lebih dari Market Value?
Market Value (mv) = Harga Pasaran
Harga pasaran ni adalah harga semasa rumah tersebut mengikut pasaran sekarang. Harga pasaran ni bukan boleh sesuka hati main hentam kromo je.
“Saya tengok jiran saya jual rm200k. Rumah saya dah extend, tukar mangkuk tandas, tukar bumbung etc, mesti pasaran rm400k”
Tidak semestinya tuan puan.
Harga pasaran ni ditentukan oleh penilai berdaftar melalui beberapa kritirea. Kita tak boleh syok sendiri letak harga pasaran.
—Tapi, kalau ada owner nak jual rumah lebih dari market value boleh ke?
Boleh. Tak ada masalah. Harga pasaran dan harga jualan berbeza ya.
Owner boleh letak harga jualan sendiri. Tak kisah lebih atau kurang dari market value. Tapi kenapa harga pasaran ni penting?
1. Menentukan rumah kita cepat dapat pembeli atau tak.
Jika kita jual rumah lebih dari mv, biasanya susah nak dapat pembeli. Ramai orang tak suka harga rumah yang over mv.
Mungkin kita nampak iklan orang lain jual rm300k. Tapi adakah rumah tu terjual? Atau kalau terjual adakah dengan harga rm300k tu? Biasanya harga terjual mesti after nego iaitu harga yang lebih rendah dari iklan.
2. Pembeli kena bayar lebih.
Bila kita beli rumah yang over mv, kita kena topup cash.
Kalau guna loan 100%, amount loan lulus ikut harga pasaran rumah tersebut.
Contoh kalau rumah tu jual rm230k.
Mv rm200k sahaja.
Pembeli hanya boleh pinjam rm200k sahaja. Rm30k dia kena topup.
Walaupun kelayakan loan dia boleh pinjam sampai rm500k 🚫 amount loan lulus tetap rm200k ya.
Ini kalau loan 100%. Bayangkan kalau loan 90% sahaja. Dia kena tambah 10%+ wang beza+ lawyer. Ada ke pembeli yang sanggup?
3. Bila kita beli rumah over mv, nak jual nanti susah nak dapat untung.
Contoh mv rm200k
Beli rm230k
5 tahun lagi bila kita nak jual kemungkinan baru meet harga yang kita beli dulu tu. So berapa kita boleh jual kan?
.
.
Cukup la bagi 3 points dulu. Harap harap tuan puan faham kenapa market value rumah tu sangat penting dalam urusan jual beli rumah.
Kalau kita owner, kita kena fikir adakah kita akan beli rumah yang jual over market value?
.
Nak cek market value yang tepat boleh pergi bank, melalui penilai berdaftar atau ejen hartanah.
 
 
Rubi hasman.
– ejen hartanah perak
Maxxan realty.

Add Your Heading Text Here