Cara beli rumah lelong.
Tajuk harini terus direct je. Sebab dapat banyak persoalan tentang ini tapi saya tak sempat nak jawab satu per satu 🙏
So, saya explain di sini supaya semua orang boleh baca.
1. Semak kelayakan loan jika anda plan untuk beli rumah secara loan. Ya, rumah lelong juga boleh beli dengan loan, tak semestinya cash sahaja.
Macam mana nak semak? Boleh walk in ke bank atau minta ejen tolong semakkan.
2. Cari unit lelong di website lelong yang ada. Saya biasa guna auctionpro dan elelong. Boleh tengok dekat situ. Lepas dah jumpa, ambil alamat dan pergi tengok rumah.
Buat site visit dekat kawasan sekitar rumah tersebut. Masa ni kau kena buat2 ramah dengan jiran. Kalau masih ada orang duduk, tanya jiran yang duduk tu penyewa atau owner. Lagi best kalau dapat approach sendiri orang yang duduk dalam rumah tu.
Kalau kosong, kerja lebih senang.
3. Buat carian geran di pejabat tanah. Yang ni ada negeri dah boleh buat secara online. Tengok sama ada ada caveat atau tak.
4. Semak tunggakan tunggakan lampau owner. Bil tnb, air, indah water, jmb dan cukai cukai. Yang ni ada yang kita kena tanggung, ada yang tak. Baca dalm notis jualan (POS) rumah tersebut.
5. Buat kira kira kos yang bakal ditanggung. Kos deposit (biasanya 5-10% dari harga rizab), kos lawyer, segala tunggakan owner lama, kos repair dan sebagainya.
6. Semak market value terkini dan demand price sekitar rumah tersebut. Boleh buat kira kira atau perbandingan adakah untung atau tidak beli rumah tersebut.
7. Jika semuanya okay, boleh daftar lelong dan pergi buat bank draft dekat bank. Lepas tu hantar ke mahkamah berdekatan.
8. Boleh tikam rumah dengan yakin di hari kejadian 😆
9. Kalau menang, sila uruskan loan cepat cepat dan hantar kes kepada lawyer. Pilih banker dan lawyer yang power supaya urusan lebih smooth.
Kalau kalah, pergi collect semula bank draft di mahkamah dan masukkan semula duit ke akaun bank. Simpan duit tu, masuk lelong unit lain pula. 😌
.
.
Cukup tak 9 point ni?
Semoga dapat gambaran awal macam mana cara nak beli rumah lelong. Rumah lelong makin banyak sekarang dan harga pon boleh tahan menarik. Pergi lah jamu mata dulu, lama lama mesti akan terpengaruh 😆
Nanti saya buat post tentang kos kos yang perlu disediakan pula.
Rubi Hasman
-ejen jual rumah di Perak dan Penang
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners