CARA JUAL RUMAH PUSAKA

Tanah pusaka tak boleh jual…..

Sejak kebelakangan ini ni saya banyak dapat kes berkaitan harta pusaka. Waris nak jual harta peninggalan mak ayah mereka.

TAPI geran masih atas nama si mati. Jadi sebab tu lah tak boleh jual.

Waris perlu settlekan urusan sijil faraid dan pusaka dulu baru boleh jual hartanah tersebut.

Perlu pergi ke pejabat pusaka kecil atau lantik peguam uruskan. Nak jimat, buat sendiri je. Nak cepat, lantiklah peguam.

Kalau masih ada baki hutang macam mana?

Kena buat pusaka juga untuk tukar nama atas geran kepada waris waris atau wakil. Kalau nak cepat, boleh lantik peguam. Peguam akan buat permohonan lantikan pentadbir dan seterusnya permohonan perintah jualan di Mahkamah Tinggi Sivil.

“Tapi kami semua waris dah setuju nak jual. Terus tukar nama pembeli baru je nanti”

Tak boleh. Kena juga buat urusan pusaka, bagi nama yang dalam geran tu diturunmilik kepada waris yang berhak dan masih hidup. Lepas tu jual lah.

Kalau nak lebih senang, boleh letak nama salah seorang wakil sahaja. Nanti duit dibahagikan sama rata. Tapi kalau masing masing tak percaya antara satu sama lain, anda nak letak semua nama pon boleh.

Yelah, kadang kadang ada isu si along ambil lebih. Si adik ambil banyak. Si bapak tak bagi kat anak anak. Bila berkaitan dengan duit ni, macam macam boleh berlaku.

Bila dah letak nama waris, tak kisah salah seorang atau semua waris baru lah pindahmilik boleh berlaku. Jangan jual rumah atau tanah atas nama si mati. Siapa nak sign perjanjian jual beli nanti? 😅

Kome jangan macam macam eh.

Dapat sesuatu malam ni?
Main point dia, nak jual rumah pusaka— kena tukar nama ke waris yang masih hidup dulu.

Rubi Hasman
-ada satu kes faraid on going. Semoga dipermudahkan

Add Your Heading Text Here