Asalnya, saya memang tak berapa yakin dengan kelayakan loan mereka (suami isteri, nak buat join loan). Nampak macam agak susah. Sebelum ni pon mereka pernah submit loan dekat satu bank ni, tapi tak lulus.
Suami bekerja sebagai operator kilang sahaja, gaji bulanan around rm2000, basic rm1300 je. Si Isteri juga bekerja di salah sebuah kilang dengan pendapatan rm1700 sebulan. Mereka nak beli rumah RM176000.
Suami ada loan kereta. Buat loan atas nama dia, tapi adik yang guna kereta tu. Tiap tiap bulan, adik yg bayarkan lah kiranya. Bulanan bayar rm369.
Isteri ada loan ptptn rm200 sebulan dan loan kereta. Yang ni pon buat loan untuk adik juga. Bulanan bayar rm400.
So basically, komitmen mereka banyak.
Kami plan tak apa lah, kita try dulu sebab mereka memang dah lama cari rumah. Nak sangat sangat beli rumah.
Kalau tak lepas 100%, lepas 90% pon jadi la. Sebab buyer ada simpanan. Kwsp akaun kedua pon ada rm16k.
After dah siap prepare semua dokumen. Banker pon submit dekat hq.
SEHARI JE DAH DAPAT TAHU LOAN LULUS 100%
Alhamdulillah.
1. Rekod ccris mereka sangat sangat cantik. Tiap tiap bulan bayar on time. Terima kasih juga kepada adik mereka yang bagi kerjasama bayarkan hutang kereta tiap tiap bulan on time.
2. Suami ada simpanan. Total saving dia dalam tabung haji dan asb nak dekat rm20k. Power kan? Saya tanya, ada income lain ke? Tak. Hanya bergantung pada kerja hakiki je. Tapi tiap tiap bulan wajib buat simpanan. Lepas dapat gaji terus simpan.
So, kat sini ada beberapa point yang nak diketengahkan.
1. Kalau nak loan senang lulus, please bayar segala komitmen korang on time. Please jangan ada apa apa tunggakan.
2. Buat la saving sikit untuk beli rumah. Bank akan nampak yang kita ni pandai menyimpan dan layak untuk memiliki rumah. Ni tak, simpanan tak ada, tapi nak beli rumah. Kan.
3. Jadilah adik beradik yang bertanggungjawab. Dah kakak atau abang kita dah sponsor nama mereka untuk buat loan, please la jangan jadi adik dari neraka. Bayar on time pleasee. Rekod mereka bersih dan lebih mudah untuk buat apa apa pinjaman selepas ini.
4. Nak lepas loan dengan mudah, kena cari banker yang handal dan berpengalaman. Mereka dah tahu setiap profile customer tu apa perlu buat. Lain profile, lain caranya.
Okay. Tu je. Moga bermanfaat!
Rubi Hasman
– seronok dapat buat orang lain happy