FAKTOR BELI RUMAH LELONG

Ini antara rumah lelong yang kami beli hasil dari income hartanah.

Reserved price Rm202k
Market value Rm350k
Harga menang Rm202k

Mula mula plan nak buat bilik sewa sebab rumah ada 4 bilik dan depan padang. Lepas menang rasa sayang pula sebab kawasan strategik, agak dekat dengan pekan. Kemudian kawasan rumah yang gated n guarded pula tu.

Last last tak jadi buat bilik sewa, duduk sendiri je. Rumah sebelum ni yang kami buat bilik sewa untuk gegadis.

Antara faktor yang saya dan suami akan titikberatkan sebelum bid rumah lelong adalah:

1. Kondisi rumah. Berapa anggaran kos repair. Alhamdulillah untuk rumah ni tak banyak kos yang dikeluarkan. Kami cuma tambah awning depan, buat tiles dekat porch, pasang pagar baru dan cat semula. Dalam masih elok. Lampu n kipas pon cantik cantik lagi.

2. Harga rizab dan market value rumah. Untuk rumah ni, kami menang sebagai single bidder. So menang harga rizab. Kami takkan bid lebih dari kos yang kami target. Biasanya kos ni termasuklah kos peguam, kos repair dan kos tunggakan utility.

3. Lokasi rumah. Dekat taiping ni tak banyak lokasi yang jadi kawasan hitam. Mostly taman taman di sini ramai penduduk dan ada demand. Jadi tak susah sangat nak buat pilihan.

4. Jenis rumah dan apa plan nak buat dengan rumah tu. Mengikut pengalaman kami sebagai ejen hartanah, kalau nak flip, kena cari rumah setingkat sebab lebih senang terjual dan banyak demand.

Untuk sewa bilik pula, kena tengok rumah yang ada parking yang cukup. Setingkat pon okay sebab kalau 2 tingkat takut tak cukup parking. Bilik banyak, parking tak cukup.

Rumah teres 2 tingkat sesuai untuk homestay. Sebab mostly orang yang nak duduk homestay mencari rumah 4 bilik. Biasanya mereka akan travel lebih dari 1 family.

5. Apa exit plan. Kalau plan keempat tak jadi, apa exit plan? Adakah kita akan jual atau sewakan untuk family walaupun tak dapat positive cashflow? So kena fikir semua ni.

6. Berapa modal yang diperlukan. Yang ni sangat penting. Kena tengok dana yang kita ada. Bila kita boleh dapat balik modal tersebut jika itu adalah rumah investment. Adakah nak dapat balik modal cepat atau tunggu selepas 5 tahun pon okay.

Alhamdulillah setakat ni berjalan seperti yang dirancangkan. Bermula dengan tak tahu apa apa, dengan guide dari rakan rakan hartanah dan sumber bacaan kami mula langkah bida rumah lelong. Lama lama rasa addict pula.

Pointnya adalah, jangan takut untuk bermula. Bijak ambil peluang dan mulakan sekarang 💪

Dah buat, buat sampai jadi.

Sekarang pon dah ada beberapa ahli team yang dah start investment dengan rumah busuk dan rumah lelong. Pelan pelan belajar.

Saya target by umur 40 saya akan jual semua rumah investment ni dan hidup tanpa hutang. Ada 9 tahun lagi untuk membanting tulang dan kerja keras. Dana pendidikan anak anak pon guna duit dari hartanah, tak perlu buat pinjaman.

Lepas tu nak pergi merantau seluruh dunia. Kemudian duduk farm house yang ada kebun , tanaman sayur, ada kambing, ayam dan itik. Pagi pagi bangun tidur boleh kurr kurr panggil ayam. Kahkah. Berangan lah dulu, berangan kan free. 😆

Rubi hasman
– gadis anggun beli hartanah, handbag pakai yang murah

*boleh follow saya untuk lebih banyak lagi ilmu hartanah

Add Your Heading Text Here