
KENAPA TAK BOLEH LOAN LEBIH?🏠
“Kelayakan saya rm400k, kenapa saya tak boleh buat loan lebih?”
Ramai yang tak tahu berapa maximum amount loan yang dia boleh buat. Kita beranggapan bahawa jika kelayakan kita tinggi, maka kita boleh apply loan semaksimum mungkin.
Sebenarnya tidak tuan tuan dan puan puan.
Amount loan lulus bergantung pada 2 perkara. Dan diambil kira mana mana yang terendah.
1. Kelayakan loan.
Jumlah maksimum yang kita boleh pinjam berdasarkan gaji dan komitmen bulanan kita. Jadi, jika kita nak beli rumah rm300k tapi kelayakan rm200k sahaja, sudah tentu loan kita tak boleh lulus.
Kelayakan loan ni biasanya banker/ejen hartanah boleh tolong kirakan.
2. Value rumah.
Market value sesebuah rumah juga menentukan berapa jumlah pinjaman yang boleh approve. Jika market value hanya Rm200k tapi owner nak jual rumah rm300k, amount loan lulus hanya RM200k sahaja.
Ya, RM200k sahaja. Sebab market value banyak tu je. Jadi RM100k lagi macam mana? Buyer kena topup cash sendiri.
.
.
Tapi macam mana pula kalau
Kelayakan loan pembeli RM400k,
Harga jualan RM300k
Market value RM200k
Berapa jumlah maksimum loan yang boleh approve?
Jawapannya adalah RM200k sahaja. Sebab antara market value dan kelayakan loan, market value lebih rendah. So, bank akan approvekan loan ikut market value.
.
.
Macam mana pula kalau
Harga jualan RM300k
Market value RM350k
Kelayakan loan RM250k
Berapa jumlah maksimum loan yang boleh approve?
Jawapannya adalah RM250k sahaja. Sebab antara market value dan kelayakan loan, kelayakan loan lebih rendah. So, bank akan approvekan ikut kelayakan loan.
.
.
Setakat ni faham tak? Saya gunakan contoh amount yang round off untuk lebih faham.
So, dari sini kita boleh relate kenapa owner tak boleh jual rumah over market value. Nanti saya buat post lain untuk lebih faham.
Tulis semua kat sini takut tak boleh hadam
Rubi Hasman
Real Estate Negotiator.
-semoga rakan rakan faham. Jangan minta saya lukis
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners