Kalah lelong deposit burn ke ?

Kalah lelong deposit burn ke? 😩

 

Ramai yang tanya soalan ni kepada saya. Takut nak masuk lelong sebab takut kalah— nanti deposit hangus. 

 

Sebenarnya tidak tuan puan. 

 

Jika kita kalah lelong — deposit boleh dapat balik. 

Pergi ambil bank draft di mahkamah dan masukkan balik dalam akaun bank kita. 

 

Kalau kita menang tapi tak proceed— yang ni barulah deposit akan burn. 

 

Sebab tu kalau nak masuk lelong, pastikan buat beberapa perkara ni dahulu supaya kita tak cancel selepas dah menang bid. 

 

1. Semak kelayakan loan anda jika plan nak beli guna loan. Kalau cash tak ada masalah. Bukan apa, takut dah menang lelong, tetiba loan tak lulus. Mana nak cekau duit bayar 90% lagi? 

 

2. Semak kewangan anda. Rumah lelong memerlukan persediaan wang yang lebih berbanding rumah projek atau subsale. 

 

Antara benda yang perlu bayar adalah kos lawyer, tunggakan tunggakan utilities dan cukai (based on case), kos repair dan kos ejen (jika guna ejen). 

 

3. Pergi lawat kawasan rumah sendiri sebelum daftar lelongan. Bukan apa, takut dah menang baru nak pergi lawat, nanti berubah fikiran pula. Jangan percaya dengan gambar dalam website lelong tu. Yang tu entah gambar bila kita pon taktau. 

 

Kena pergi tengok keadaan rumah yang terkini. 

.

.

Cukup 3 perkara ni dulu. 

 

Nanti saya share persediaan sebelum masuk lelong yang lebih details. Ada banyak lagi sebenarnya. 

 

Minggu lepas kami masuk 2 lelongan. Dua2 kalah… tak ada rezeki. Maka jom lah kita pergi kutip balik bank draft 🥲

 

Rubi Hasman

– gian beli rumah lelong dan rumah busuk.

Add Your Heading Text Here