Kalau geran hilang, nak kena buat apa?
Minggu lepas saya pergi inspection sebuah rumah di Taiping. Sembang punya sembang, baru tahu geran asal dah hilang. Tak tahu letak dekat mana.
Benda ni selalu juga terjadi kepada owner yang sudah tiada hutang di bank. Bila dah dapat geran asal, lupa letak mana.
Tak ada geran asal — tak boleh lakukan sebarang pindahmilik hartanah ya.
So, kalau anda berada dalam situasi ni,
1. Perlu buat report polis di balai polis.
Kalau penama dalam geran ramai, salah seorang buat report pon boleh dah biasanya.
2. Buat akuan sumpah.
Yang ni semua penama kena buat ya. Jika anda lantik peguam, yang ni peguam yang akan mewakili anda. Surat akuan sumpah ni perlu disahkan oleh Pesuruhjaya sumpan dan distamp di LHDN.
3. Anda perlu buat carian geran.
Yang ni ada negeri yang boleh buat carian online sahaja, ada yang masih perlu manual dan kena walk in.
4. Buat pendaftaran baru di pejabat tanah.
Nanti anda perlu isi borang dan lampirkan sekali beberapa dokumen lain juga seperti salinan kad pengenalan semua penama, cukai tanah, report polis asal dan surat akuan sumpah asal.
Selepas itu pejabat tanah akan uruskan pengeluaran geran baru. Jika perlu, mereka akan panggil untuk soal siasat.
Biasanya tempoh yang diambil untuk geran baru siap adalah dalam 6-12 bulan. Tapi ada juga yang boleh siap lebih cepat dari tempoh tersebut, bergantung pada pejabat tanah yang menguruskan.
So kalau ada sesiapa yang geran hilang dan plan nak jual rumah boleh settlekan urusan ni dahulu sebelum jual rumah.
Ingat, kalau geran rosak pon anda perlu buat permohonan semula geran baru. Contoh geran rosak adalah terkoyak, dilaminate, ada kesan punch dan sebagainya.
Ya, kalau kena gigit dengan tikus dan menyebabkan ada kecacatan yang jelas pada geran asal, anda kena buat geran baru juga.
Sayangi geran anda. Anda mampu mengubahnya. Kah tiberr.
Rubi Hasman
– alhamdulillah settle satu kes geran asal owner hilang. Dah dapat buyer baru tau