KISAH WAGYU.

Kisah Wagyu.
Saya bukanlah orang yang lahir dari dulang emas. Banyak benda yang saya kena bergigih untuk dapat. Tapi saya bersyukur berbekalkan apa yang saya lalui dulu lah menjadikan siapa saya sekarang.
Saya merupakan anak kampung yang mempunyai 8 adik beradik. Dulu ayah saya merupakan seorang penoreh getah dan buruh di ladang sawit.
In fact, saya juga pernah bekerja menoreh getah selepas habis SPM sementara sambung belajar.
Masa saya kecil nak makan kat luar setahun sekali pon payah. Tapi alhamdulillah mak ayah sediakan makanan yang cukup di rumah. Tak pernah kami adik beradik berlapar. Sederhana dan mencukupi.
First KFC saya makan di Seratas, ada kawan belanja. Dia bawa balik Snack Plate ke asrama dan ajak saya makan sekali.
Moment tu saya ingat sampai sekarang. Teruja gila dapat makan KFC yang pada saya masa tu adalah makanan orang berada. (Ya, walaupun sebenarnya makanan biasa biasa saja).
Saya masih ingat every details moment tu. Bahagian apa pon saya ingat lagi tau šŸ˜†
Jadi saya rasa dinner Maxxan ni pon akan meninggalkan moment yang manis buat saya.
First time makan Wagyu. Free flow pulak tu.
Sebenarnya, saya bersyukur sangat Allah gerakkan hati kami berdua dalam bidang hartanah.
Hartanah banyak mengubah hidup saya. Dari sini macam macam first time saya dapat.
First time merasa income yang best.
First time merasa beli kereta lebih selesa
First time dapat beli barang sendiri yang ada ā€œbrandā€
First time makan di tempat orang T20
First time boleh memberi dengan amaun yang banyak.
Dan banyakkk lagi.
Sekarang saya nak bina team untuk bantu mereka capai lebih banyak ā€œfirst timeā€ dari hartanah. Setiap ā€œfirst timeā€ tu terasa manis sangat jika hasil dari usaha dan keringat sendiri.
Terima kasih Allah untuk rezeki ini. Semoga setiap usaha dan rezeki ini mendapat keberkatan. Semoga aku juga tak lalai šŸ¤²
Korang kalau satu hari nanti tengok saya membongkak lupa diri tolong tampar saya ya šŸ˜†šŸ¤£
*simpan sini untuk kenangan.

Add Your Heading Text Here