
Masa dalam proses tukar nama, rumah hak siapa sebenarnya?
Saya ada jumpa sesetengah owner yang bila rumah mereka dah ada pembeli, mereka terus biarkan rumah tak terjaga.
Lepas sign snp, dah lega.
Apa nak jadi dengan rumah tu lantak lah. Pandai pandai la rumah jaga diri sendiri.
Pokok pokok liar dah naik setinggi tingkap, rumah dah bersepah orang keluar masuk sebab pintu tak berkunci.
Selepas 4-6 bulan, bila buyer dapat kunci mengucap buyer tengok rumah. Ini ke rumah yang aku mai viewing haritu?
Tuan tuan dan puan puan,
Selagi urusan tukar nama masih belum selesai, rumah tersebut masih tanggungjawab owner untuk jaga. Kalau tetiba masa tempoh tu, rumah tu perlu dibaikpulih, owner yang kena buat. Bukan tanggungjawab pembeli lagi.
Segala maintenance dan bil bil rumah tersebut masih perlu dijaga oleh owner.
In fact, selagi belum bayar baki hutang, owner masih perlu bayar installment dekat bank yang dia buat loan.
So, kalau korang ada rumah yang tengah proses tukar nama please jaga ya selagi masih hak anda. Jangan sampai buyer turn off tak jadi beli nanti panjanggg lagi halnya.
Rubi hasman
-Kadang kadang ejen pon boleh turn off
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners