HARGA JUAL RM200K, BAKI HUTANG RM230K.

Terjumpa post ni tadi dan rasa macam nak komen sikit.
Ini pendapat peribadi saya lah. Situasi macam ni sering terjadi jika kita beli rumah direct owner.
Macam mana owner boleh nak jual rumah dengan harga yang lebih rendah dari baki hutang beliau?
Owner mesti tak semak baki hutang dulu sebelum jual.
Rumah masih baru beli, jumlah principal loan baru berkurang sedikit sahaja. Harga pasaran semasa pon belum naik. Selalu kalau baru bayar 2-3 tahun, baki hutang tak banyak pon berkurang. Bayar interest je lebih.
Atau–
Masa owner beli rumah dulu, ada cash rebate yang ditawarkan oleh pemaju. Market value rumah tak boleh cover rebate tersebut. Tambah tambah kalau projek cash rebate rm30-50k tu.
Ada owner yang ingat cashback tu pemaju baik hati bagi dekat pembeli. Padahal cashback tu termasuk dalam jumlah loan kita.
Atau–
Bayaran bulanan owner kepada bank tak bagus. Jadi, bank akan naikkan interest.
Ada beberapa kemungkinan di sini. Jadi, siapa yang perlu bertanggungjawab kalau nak teruskan jual beli rumah ni? Mestilah owner.
Owner perlu bayar RM30k jika nak teruskan jual beli ni untuk cover baki hutang di bank. Kalau tak bayar, geran asal tak boleh dikeluarkan. So tak boleh buat pendaftaran hakmilik baru.
Kalau tak boleh bayar macam mana? — kena cancel.
Buyer boleh minta ganti rugi atas kecuaian pihak owner. Segala deposit perlu dipulangkan.
“Tapi kalau owner dah habis guna deposit macam mana?” Ahh jenuhhh.
.
.
Sebab tu sebelum saya ambil lantikan untuk jual mana mana rumah, saya akan tanya dulu–
Rumah masih ada hutang tak?
Kalau ada, di bank atau lppsa?
Bayaran setiap bulan okay tak?
Tahu tak berapa amount baki hutang tu?
Semak balik dengan bank yang kalian buat loan. Sekarang lebih senang sebab dah ada apps bank dan lppsa untuk semak sendiri.
Kalau tak tahu sangat kami akan tolong cekkan anggaran baki hutang owner tersebut. Ada kiraannya berdasarkan berapa total pinjaman dan tempoh.
Kalau ada letter offer lagi senang nak semak anggaran baki hutang.
Jadi client kami dah boleh bajet dah berapa harga nak jual dan berapa keuntungan yang mereka akan dapat setelah selesai nanti.
Benda ni nampak mudah, tapi effect dia sangat besar. Semak dulu baki hutang sebelum jual rumah anda.
 
 
Rubi hasman
– sekecil kecil benda pon kita kena cakna.
 

Add Your Heading Text Here