ORANG ISLAM PERLU KAYA

Orang Islam perlu kaya.
Seperti apa yang kita selalu dengar, duit bukan segalanya. Ya betul. Tapi duit boleh buat macam macam untuk meningkatkan taraf hidup dan martabat umat Islam.
Setiap sesuatu pasti ada pros dan cons. Tapi kita ada pilihan, ambillah yang positif dan manfaatkan ia sebaiknya.
Kita boleh lihat pada zaman Rasulullah dulu, jutawan jutawan banyak mengorbankan harta mereka untuk para sahabat pergi berperang. Dengan bantuan jutawan, maka para pahlawan mempunyai persediaan dan alatan perang yang mencukupi.
Kita kena fikir duit yang banyak bukan untuk nampak mewah, riak dan sebagainya. Tapi untuk membantu keluarga, orang orang terdekat dan masyarakat amnya.
Lagi banyak dapat duit, lagi banyak kita boleh memberi serta lebih banyak kita boleh bayar zakat.
Pada pemerintahan Umar ‘Abd al-Aziz, zakat telah berjaya membasmi miskin tegar. Rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat.
Jadi kita perlu jadi kaya supaya jumlah masyarakat yang miskin tegar makin berkurang. Yang paling utama, supaya keluarga kita keluar dari kepompong kemiskinan.
Sesunggunya tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.
Orang Islam perlu guna kekayaan untuk meningkatkan martabat syiar Islam. Kita boleh tingkatkan keselesaan dalam beribadah, menuntut ilmu dan menjalani kehidupan seharian.
Hartawan Muslim juga boleh memperbanyakkan sedekah dan wakaf agar manfaatnya dapat dinikmati oleh orang lain. Malahan ruang untuk melakukan sedekah jariah ataupun wakaf cukup luas hingga merangkumi pelbagai keperluan kehidupan manusia.
Seperti yang kita sedia tahu, harta yang diinfakkan akan mengalirkan pahala seperti sungai yang mengalir walaupun kita sudah tiada di dunia ini. Semoga dengan apa yang kita sedekahkan ini mampu menerangkan kubur kita nanti.
Maksud saya di sini, dengan kekayaan yang ada kita lebih senang mencari pahala.
Tapi jangan hidup dalam materialistik sampai lupa tujuan utama hidup iaitu beribadah kepada Allah. Carilah rezeki yang penuh berkat dan manfaat serta niatkan untuk berzakat dan bersedekah kerana Allah.
InsyaAllah.
Semoga segala kerja dan amalan kita diterima Allah. Aminn. 🤲
Rubi hasman.

Add Your Heading Text Here