
“Tanah 2 ekar, Owner pecahkan kepada 9 Lot. Saya nak beli 1 Lot sahaja”
Nasihat saya pada beliau:
Jangan beli tanah macam ni. Takut nanti terciduk, menyesal pon tak ada guna.
“Tapi nanti akan pecah geran dan masukkan nama kita puan”
Nanti tu bila? Apa jaminan yang owner akan masukkan nama kita.
“Dia kata awal awal nama akan diletakkan sebagai pemegang amanah dulu. jadi nanti semua pemegang amanah akan jadi penama”
Dah kalau boleh jadi penama, kenapa tak letak je sekarang?
Kawan kawan, jauhi tanah lot lidi.
Saya dah jumpa ramai sangat pembeli yang akhirnya menyesal selepas beli lot lidi.
Ada yang buat personal loan semata-mata nak beli tanah yang kononnya “murah” ni. Bulanan bank kena bayar tiap-tiap bulan. Tapi geran individu langsung tak muncul.
Tanah tu tak boleh jual semula sebab tak ada siapa berani beli.
Itu belum cerita pasal penama meninggal dunia, nak bagi dekat waris mcm mana. Rumit prosesnya.
Tanah lot lidi = risiko besar.
Kalau anda serius nak beli tanah, pastikan ada geran individu atas nama anda sendiri.
Kalau belum ada, pastikan sekurang-kurangnya ada perjanjian jual beli sah (S&P), dokumen peguam, dan proses pecah geran yang jelas & terbukti.
Tapi kalau boleh elakkan. Tolong elakkan beli tanah macam ni.
Saya nampak yang selalu beli tanah lot lidi adalah orang orang tua yang dah ada banyak duit atau baru lepas dapat duit pencen. Yelah, lot lidi kan nak pembeli cash sahaja.
Tengok sama mak ayah kita. Takut mereka tersalah beli ‘aset’.
Rubi hasman
Real Estate Negotiator
-nasihat untuk semua
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners