Kalau rumah nak kena lelong dan duit tak ada nak bayar tunggakan, apa perlu buat?
Nasihat saya, jual cepat cepat.
Bila dah dapat surat warning dari bank/ lawyer, cepat cepat jual rumah tu.
Kadang kadang apa yang kita rencanakan tak sama dengan rencana Tuhan. Sebagai contoh, kita rasa bisnes kita akan bertahan lama, rupanya sampai tahun keempat jatuh merundum.
Jangan malu untuk downgrade. Jangan malu untuk jual kediaman kita. Poket kita hanya kita sahaja yang tahu.
Nanti bila financial kita dah stabil, kita cari balik rumah yang kita mampu.
.
.
Alhamdulillah settle satu kes harini.
Rumah client ni hampir kena lelong sebab tak mampu bayar bulanan di bank. Beliau minta saya tolong jualkan cepat cepat takut nanti lagi rugi.
Kes lajuu. Lawyer mantap, rakan coa commit, owner dan buyer bagi kerjasama
Ada banyak lagi kes yang pening masih pending. Semoga dipermudahkan.
Rubi hasman.
-perunding hartanah perak