“Kawan saya jual rumah haritu sekejap je settle. Kenapa yang ni ambil masa?”
Tuan tuan dan puan puan,
Kita tak boleh samakan tempoh penjualan rumah sehingga settle sama dengan kawan kawan kita yang lain. Ada beberapa perkara yang bagi effect pada tempoh proses jual beli rumah.
Antaranya,
1. Berapa lama masa yang diambil untuk dapatkan pembeli yang serius nak. Untuk dapatkan pembeli ni sangat subjektif. Kita nak boleh bagi anggaran yang tepat.
Ada rumah yang cepat dapat pembeli. Mungkin faktor harga, kondisi rumah dan demand setempat. Ada kawasan yang kurang demand walaupun jual harga dah rendah dari market value.
2. Rumah kos rendah
Jika geran tersebut adalah rumah kos rendah, setiap penukaran hakmilik perlu melalui kebenaran kos rendah dahulu. Di Perak, kebenaran kos rendah biasanya ambil masa 1-2 bulan.
Itu belum cerita kalau kebenaran reject dan perlu buat rayuan serta bayar penalti. Akan bertambah masa lagi. Boleh sampai 3 bulan untuk settlekan kebenaran kos rendah sahaja.
Jika rumah bukan kos rendah, tak perlu lalu proses ini.
3. Sekatan kepentingan dalam geran.
Jika geran tersebut ada sekatan, lawyer perlu uruskan permohonan kebenaran menteri menteri besar dahulu. Atau dalam bahasa lain, mb consent.
Yang ni kalau di Perak biasanya ambil masa dalam 3-5 minggu jika tiada apa apa masalah. Kalau ada masalah, akan makan masa lagi.
Jika geran tiada sekatan, tak perlu lalu proses ini.
4. Rumah masih ada hutang atau tak.
Jika rumah masih ada hutang di bank, lawyer perlu uruskan pembayaran baki hutang owner lama dahulu. Kemudian dapatkan geran asal dari bank yang dicagar. Selepas itu baru boleh buat pindahmilik.
Proses ni pon ambil masa juga.
5. Rumah masih master title atau dah nama individu.
Biasanya kalau masih atas nama pemaju dan belum ada geran individu, proses akan ambil masa lebih lama. Ada kes boleh direct transfer ke pembeli baru. Ada kes kena buat double transfer.
6. Bank yang digunakan.
Sebenarnya, pemilihan bank juga memberi kesan terhadap proses jual beli rumah kita.
Bank yang owner buat hutang (yang cagar geran)— ada kes yang sangat lambat bank serahkan geran asal dan proses bayar baki hutang.
Bank yang pembeli buat loan — ada yang ambil masa yang lama untuk proses documentation dan release duit.
.
.
So, ini antara beberapa faktor yang memberi kesan terhadap tempoh jual beli rumah kita.
Kita kena faham rumah kita ada tak faktor faktor ni. Jangan lah kalau lambat je terus salahkan lawyer atau ejen.
“Lawyer ni lembab la. Dulu ayah aku jual rumah sat ja settle.” — padahal geran rumah dia cukup pakej kos rendah, ada sekatan, ada baki hutang. Buat pula loan dekat bank yang ambil masa, memang lambat la 😆
Itu belum lagi cerita tersalah isi details insurans, kena buat supplementary letter offer, dokumen missplace, dokumen hilang, owner duduk jauh lambat sign, buyer masuk hutan dan sebagainya.
Setiap kes lain lain. Kita tak boleh samakan semua kes.
Dapat sesuatu?
Rubi Hasman
-bukan lawyer, tapi kena faham setiap proses supaya senang nak explain dekat client
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners