TIPS JUAL RUMAH

Owner rumah please jangan berahsia dengan penyewa jika anda nak jual rumah.

Saya jumpa ramai owner yang takut nak inform penyewa bila mereka nak jual rumah. Saya faham, kadangkala mereka risau penyewa akan cari rumah lain sedangkan rumah tersebut masih belum dapat pembeli.

Tapi sebagai owner, boleh explain dekat penyewa yang dia masih boleh duduk rumah tu selagi rumah tersebut masih belum dipindah milik. Proses jual beli rumah ni ambil masa.

Bukan harini jual, esok settle.

Ye lah, nak cari pembeli ambil masa. Dah dapat pembeli pon belum tentu loan lulus. Bila loan dah lulus, dari sign perjanjian jual beli sampai settle tu ambil masa 4-6 bulan juga. Bergantung pada kes.

Ada kes yang makan masa hampir setahun juga.

Jadi penyewa masih boleh duduk rumah tersebut semasa proses penjualan rumah berlaku. Bila dah betul betul loan pembeli lulus dan dah sign snp boleh inform penyewa yang rumah dah ada pembeli. Mungkin penyewa dah boleh start riki riki rumah sewa lain.

Biasanya bila lawyer inform dah bayar baki hutang owner, (1-2 bulan lagi nak settle semua ) saya akan remind penyewa untuk bersedia keluar dari rumah tersebut.

Saya banyak jumpa kes kes yang owner nak sorok dari penyewa yang beliau nak jual rumah.

“Puan jangan iklankan rumah saya di mana mana tau. Kalau ada yang nak, boleh tengok luar rumah”

Yang ni, biasa saya malas nak jual. Mana maunya nak jual rumah subsale tanpa saya atau pembeli tengok dalam rumah. Subsale tak ada warranty, siapa boleh jamin keadaan rumah ni tiptop?

“Saya takmau bgtau penyewa lagi. Nak jual senyap senyap tapi puan boleh guna gambar saya untuk iklankan”

Bila dah iklankan, penyewa berang dan marah owner. Terus dia cari rumah sewa lain. Haa. Lagi rugi.

“Puan, saya kesian dekat penyewa saya. Nanti bila tengok rumah, puan boleh tak jangan bgtau penyewa saya nak jual rumah ni? Bgtau saya nak suruh puan cek untuk reno rumah “

Ahh sudah. Bagi harapan nak reno rumah pulak. Malas betul nak berkomplot macam ni.

At last, macam macam jadi.

Sebagai contoh semalam lawyer ada share, penyewa dah plan nak buat kenduri dekat rumah tu. Dah print kad, jemput tetamu etc. Sekali last min owner bgtau rumah dah ada orang beli dan penyewa perlu keluar. Siapa nak menjawab?

Owner senang jawab “kau dah beli, kau settlekan”. Amboii. Yang ni beli direct owner.

Tak salah pon inform penyewa awal awal. Tapi kena explain dengan cara yg betul.

Okay?

Rubi Hasman
-pernah jadi penyewa rumah juga

*gambar sekadar hiasan.

Nak Jual Rumah

Add Your Heading Text Here