BETUL KE RUMAH MASIH ADA HUTANG TAK BOLEH JUAL?

Betul ke rumah yang masih ada hutang tak boleh jual?
“Saya sebenarnya dah tak larat nak tanggung komitmen bulanan. Tapi rumah saya masih ada hutang di CIMB. kawan saya kata tak boleh jual selagi tak settle”
Tuan tuan dan puan puan,
Kejam betul ya kalau rumah yang ada hutang lagi tak boleh dijual.
Kalau tempoh pinjaman 35 tahun, kena tunggu selepas 35 tahun lah baru boleh dijual ya. 😆 jenuhh.
Jangan risau.
—-Rumah yang masih ada hutang BOLEH dijual ya.
Boleh jual macam biasa. Hutang kita tu nanti akan settle guna loan pembeli/ duit pembeli jika pembeli cash.
Anda tak perlu keluarkan duit sendiri atau pinjam duit sesiapa untuk settlekan hutang dulu sebelum jual.
.
.
Jual rumah- dapatkan pembeli- loan pembeli lulus- sign perjanjian jual beli- apply consent (jika ada)-lawyer uruskan bayaran baki hutang- geran asal keluar dan diserahkan kepada lawyer- lawyer daftar nama pembeli baru- advise bank untuk keluarkan baki jualan- cagar semula geran.
Ini jika pembeli rumah kita beli secara loan.
Panjang kan kisahnya? Tapi jangan risau semua ni akan diuruskan oleh ejen hartanah dan lawyer jika anda gunakan servis ejen.
Kalau nak jual sendiri pon boleh. Tak ada masalah.
Rubi Hasman
– minta nasihat dari orang yang betul