BELI RUMAH DAPAT CASHBACK, NAK JUAL TERCIDUK.

Beli rumah dapat cashback, nak jual terciduk.
Minggu lepas dapat call dari seorang owner di Perak. Beliau baru sahaja beli rumah pada tahun 2022.
Beli rumah RM270k
Cashback RM50k
Baki hutang terkini RM278k (termasuk mrtt)
Bila saya semak market value, harga pasaran terkini maksimum RM240k sahaja.
“Puan rubi rasa saya perlu jual berapa RM? Saya nak tutup hutang sahaja. Takmau untung pon”
Bila ada kes macam ni, paling kurang owner kena jual lebih sikit dari baki hutang. Sebab nak cover bayaran lawyer dan bayaran agent.
Untuk kes ni maknanya dia kena jual RM278k+.
Tapi, market value baru RM240k. Kalau ada yang berminat nak beli, mereka hanya boleh loan RM240k dan perlu sediakan RM40k+ untuk cukupkan harga rumah.
Korang rasa ada ke orang yang nak beli rumah over market value macam ni? Cuba letak kita di tempat pembeli. Mesti taknak kan.
Kita sebolehnya nak cari yang below market value, atau paling paling pon ikut market value.
Tuan tuan dan puan puan,
Cashback tu bukan kita dapat percuma. Cashback tu ibarat personal loan yang kita buat di bank. Ia datang dengan pakej interest dan tempoh yang lama. Tetap menjadi beban dan komitmen untuk kita bayar bulan bulan.
Masa dapat memang syokk. Time nak bayar fuhh berpeluh.
Ada yang beli rumah cashback dengan alasan nak tutup hutang sedia ada. Konon konon beli rumah nak kurangkan komitmen.
Komitmen asal rm600
After beli rumah komitmen jadi RM1200.
Rumah dibiarkan kosong makan dek anai anai.
Komitmen yang dari 10 tahun jadi 35 tahun.
Celah mananya nak kurangkan beban? Lagi terbeban ada lah.
Sebelum beli rumah tolong cari ilmu dulu, tanya orang yang betul. Jangan main beli membuta tuli je. Dengar je rumah murah, terus beli tapi tak cek lokasi, tak cek siapa pemaju. Tengok flyers dapat extra duit, haa mula lah berangan nak pergi makan angin.
Beli rumah sepatutnya perkara yang menggembirakan, bukannya satu beban yang berterusan.
Ada je orang yang beli rumah ada cashback menguntungkan. Cara dan planning tu kena betul.
.
.
So kalau dah beli dan terciduk apa caranya? Biasanya saya akan cakap kena tunggu sampai market value naik dan hutang makin berkurang. Baru boleh jual.
Kalau tak bayar? — rumah akan dilelongkan.
Kawan kawan yang lain ada idea tak macam mana?
 
 
Rubi Hasman
– kesian tengok bangsa sendiri yang salah buat pilihan
*gambar sekadar hiasan