FAKTOR RUMAH SENANG DIJUAL ATAU SEBALIKNYA
“Kalau betul puan hebat sangat, try jual rumah saya. Dah lama saya nak jual, tak ada pembeli.”
Wow kan ayat ni.
Beberapa hari yang lepas, ada seseorang bagi ayat ni kepada saya. Rumah beliau dah lama nak jual tapi tak terjual walaupun dah lantik beberapa orang ejen dah.
Tuan tuan dan puan puan,
Faktor terjual satu satu rumah tu bukanlah sepenuhnya bergantung pada ejen hartanah tu hebat atau tidak. Sebenarnya, benda utama adalah produk tersebut.
Kalau produk tu bagus, ejen hartanah bawa viewing duduk tepi jadi tiang pon ada orang beli tau. The product sell itself gitu.
Selain dari faktor pemilihan ejen, ni antara faktor lain yang memeberi kesan kepada rumah tersebut senang terjual atau tidak.
1. Harga yang selari dengan pasaran
Kadang-kadang owner letak harga ikut harga suka hati bukan harga pasaran. Pembeli sekarang bijak, mereka buat kajian. Kalau harga terlalu tinggi, listing tu akan senyap je.
Jika jual lebih rendah, kemungkinan untuk tarik minat pembeli lebih tinggi.
2. Keadaan rumah yang kurang memuaskan
Rumah dah lama kosong, berhabuk, cat mengelupas—
semua ni boleh buat pembeli turn off masa viewing. Tak semestinya kena renovate besar-besaran, tapi biar rumah tu nampak terjaga dan bersih.
3. Lokasi & aksesibiliti
Ni antara faktor yang memang tak boleh ubah. Tapi kita kena faham, lokasi yang kurang strategik membuatkan demand berkurang. Jadi memang ambil masa untuk rumah terjual.
4. Komitmen pemilik rumah/penyewa
Ramai orang yang rasa benda ni tak penting. Tapi ketahuilah bahawa peranan owner dalam menjual rumah juga memberi kesan kepada tempoh penjualan rumah tersebut.
Kadang-kadang pemilik tak serius nak jual— susah nak arrange viewing. Takut nak inform penyewa atau takut nak ganggu penyewa untuk viewing time pembeli tengah semangat. Nak ambil kunci pon payah sebab dia asyik bekerja sahaja dan tak percaya pada ejen untuk pegang kunci.
Sepatutnya bila prospek tengah semangat nak tengok rumah, kita kena bawa time tu. Bukan ikut masa senggang kita.
⸻
Jadi, kalau rumah masih belum terjual, jangan terus salahkan ejen. Cuba tengok balik aspek-aspek ni. Rumah yang bagus, harga masuk akal, dipasarkan dengan betul—insyaAllah ada jodohnya.
Rubi Hasman
Real Estate Negotiator
-tak pernah mengaku hebat. Tapi kalau client bagi amanah, saya cuba sebaiknya.