Sebenarnya kenapa kita beli rumah?
Baik, soalan ni kena tanya diri sendiri. Setiap orang ada reason tersendiri kenapa dia nak beli rumah. Apa plan masa hadapan, apa exit plan jika ada kekangan di kemudian hari.
Di sini saya kongsikan sedikit macam mana cara saya dan suami memilih rumah mengikut apa plan kami.
1. Jika rumah ni kami nak duduk sendiri, kami akan pilih rumah yang cantik sikit dan kondisi okay. Sekadar perlu buat minor renovation sahaja. Buat masa ni saya tak suka rumah yang terlalu besar, cukup sekadar untuk keluarga kecil kami tinggal dengan selesa.
Saya tak ada masa— jadi saya kena kurangkan space untuk saya mengemas.
Sebab bila rumah serabut — auto otak saya kusut
2. Kalau untuk sewa keluarga, tak perlu mahal mahal. Cukup sekadar installment tak lebih dari rm900. Sebab sewa bulanan area Perak ni boleh pergi max rm700 sahaja sebulan. Kami taknak topup banyak sangat untuk cover installment.
Kalau nak cari yang boleh dapat positive cash flow untuk sewa family, sangat susah di Taiping ni. Dekat Klang Valley, Penang dan JB mungkin ada.
3. Kalau untuk sewa bilik, kami akan fikir tentang parking, bilangan bilik dan bilangan bilik air. Kalau boleh, bulanan sewa boleh cover bulanan installment di bank. Lagi best kalau boleh dapat positive cash flow bila bilik semua fully occupied.
Cuma kena faham, ada masa yang tak semua bilik ada penyewa. Ada grace period sementara nak dapatkan penyewa baru selepas penyewa lama keluar. Penyewa bilik ni keluar masuk. Mereka stay tak lama macam sewa family.
4. Kalau untuk homestay pula kami akan pastikan rumah at least ada 4 bilik. Sebab target market kami orang yang datang homestay ni ramai dan ada banyak pasangan. Jadi mereka cari bilik yang banyak. Satu lagi, kena ada parking yang cukup.
Yang ni kena dekat dengan rumah kami atau rumah orang yang nak menguruskan homestay nanti. Sebab korang akan jumpa kes yang pukul 12 am pon customer akan call untuk repair itu ini. Mesti akan ada urgent matter.
5. Untuk flipping, kami tak tengok sangat tentang kondisi. Kadang kadang dapat rumah yang dah tak ada pintu dan dinding dah. Rumah busuk orang kata.
Janji rumah berbaloi selepas dibuat kira kira termasuk kos repair, kos pengurusan, bil bil tertunggak dan sebagainya. Yang ni antara faktor utama yang dititikberatkan adalah harga. Harga okay, kita on saja.
.
.
.
Cukup 5 je dulu. Masih mencari lagi ilmu ilmu investment dalam hartanah. Try and error.
Saya beli rumah, saya akan buat sesuatu. Takkan biarkan dia hidup sendiri sebatang kara. Perasaan sayang ke, ada sentimental value ke saya tolak tepi dulu.
Yang penting, rumah yang below mv atau follow mv dan rumah yang senang jual. Exit plan kami, in case ada apa apa kekangan, rumah ni kita jual.
Semoga pengalaman kecil kami membantu kalian memilih rumah pilihan
Rubi Hasman.
– gadis jelita perlu kaya dengan ilmu pelaburan
*Ni bukan gambar rumah kami. Ni gambar projek baru 4 bilik di Pantai remis rm208k sahaja