Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama.
Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya.
Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil.
Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji.
Seterusnya kami akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.
Berdasarkan Gaji, Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?
prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama
Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.
Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).
Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah:
Gaji kasar x 30 /100
Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!
KALKULATOR KEMAMPUAN
Anggar Kemampuan Anda Untuk Rumah Baru
Kira Sekarang
Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli?
prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama
Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.
Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000.
Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!
Lihat hartanah untuk dijual
Semak Juga Kalau Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik!
Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang/ Debt Service Ratio (DSR).
Penting tau untuk anda jaga ni, kerana bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.
prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama
Nisbah ni tidak tetap, dan bergantung pada terma setiap bank yang akan melihat individu yang datang untuk memohon pinjaman. Biasanya, anda kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.
Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).
Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan:
Semua pinjaman/kredit tertunggak
Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan
Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat?
Sekarang kita dah tahu jumlah pinjaman macam mana yang anda layak, dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar.
Tapi ada banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah, termasuklah:
1) Yuran tempahan (booking fee)
prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama
Untuk menyatakan niat anda untuk membeli rumah tersebut, anda kena bayar yuran tempahan terlebih dahulu.
Yuran tempahan ni biasanya sebanyak 2%-3% jumlah pinjaman. Katakanlah yuran ini berharga RM5,000, anda kena sediakan wang tersebut dalam bentuk tunai.
2) Bayaran pendahuluan (down payment)
Bila anda tanda tangan surat perjanjian jual beli (SPA), anda perlu bayar 10% daripada jumlah pinjaman.
Anda boleh tolak jumlah yuran tempahan tadi daripada downpayment ni.
Dengan rumah berharga RM170,000 tadi, ini bayaran downpayment yang anda perlu sediakan dalam tunai:
RM170,000 x 10/100 – RM5,000 = RM12,000
3) Memorandum Pemindahan (MoT)
prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama
Di sini akan ada duti setem untuk memindahkan hak milik kepada nama anda. Inilah caj yang akan dikenakan:
1% bagi RM100,000 yang pertama
2% bagi RM400,000 yang seterusnya
3% bagi jumlah yang tinggal
4) Yuran guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)
1% bagi RM150 ribu yang pertama
7% bagi jumlah yang tinggal (bagi rumah di bawah RM1 juta)
Selain itu, akan ada caj tambahan, seperti berikut
Stamping untuk SPA: Biasanya dalam ratusan Ringgit
Duti setem untuk pinjaman: 5% daripada jumlah pinjaman
Yuran guaman untuk perjanjian pinjaman: Biasanya dalam ratusan Ringgit
Yuran pemindahan hak milik: Biasanya dalam ratusan Ringgit
Pendek kata, ini perkara yang anda kena sediakan duit siap-siap…
Apa kos beli rumah?
2%-3% yuran tempahan
10% bayaran pendahuluan
MoT/ duti setem
Yuran guaman SPA
NOTA EDITOR: Dalam Bajet 2023, terdapat pengecualian duti setem 0% untuk rumah berharga bawah RM500,000. Tengok sini untuk baca semua insentif terbaru ditawarkan kerajaan khas untuk pembeli rumah pertama!
Apa Rumah Mampu Milik Yang Anda Boleh Mohon?
Ada banyak skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia, dari peringkat persekutuan, hingga ke peringkat negeri.
prosedur beli rumah, proses beli rumah, cara beli rumah, cara beli rumah pertama, panduan membeli rumah, cara nak beli rumah, tips beli rumah pertama
Di sini kami telah senaraikan skim-skim yang anda boleh mohon:
1) Skim Rumah PR1MA
Di peringkat persekutuan, Rumah PR1MA adalah satu skim yang dilancarkan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dalam pasaran yang semakin mahal.
Rumah PR1MA disediakan di setiap negeri, dengan harga RM100,000 hingga RM400,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia
Bujang ataupun berkahwin berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah (sama ada bujang ataupun pasangan berkahwin) antara RM2,500 hingga RM15,000
Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja
PR1MA juga menawarkan skim Rent-to-Own yang tak memerlukan bayaran pendahuluan dan bayaran bulanan yang rendah!
2) Johor
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menawarkan rumah bernilai RM40,000 hingga RM150,000. Kebanyakan rumah datang dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Telah tinggal di Johor selama 10 tahun
Satu permohonan bagi setiap pasangan berkahwin
Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri
Gaji kasar bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan
Pemohon yang sudah ada rumah yang dikira sebagai rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak layak
3) Melaka
Lembaga Perumahan Melaka menawarkan rumah mampu milik berharga sekitar RM150,000 hingga RM400,000, dengan keluasan sekitar 1,000 kaki persegi.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia
Gaji kasar tidak melebihi RM5 ribu sebulan
Sekiranya bujang, anda perlu berumur 20 tahun ke atas untuk memohon
4) Negeri Sembilan
Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP).
Buat masa sekarang, laman rasmi bagi bahagian perumahan adalah tidak berfungsi, namun anda boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk sebarang pertanyaan!
5) Selangor
Rumah SelangorKu 3.0 menawarkan rumah berharga RM40,000 hingga RM250,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
Tinggal di Selangor
Di Selangor pilihan unit adalah mengikut jumlah pendapatan bulanan anda seperti berikut:
Jenis A: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
Jenis B: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000 sebulan
Jenis C: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
Jenis D, Jenis E dan Jenis E Khas: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM14,500
Nak tahu lebih lanjut boleh baca sini!
6) Pahang
Terdapat beberapa skim yang ditawarkan oleh kerajaan Pahang, termasuklah Projek Rumah Makmur dan Rumah Kos Sederhana Rendah.
Antara syarat-syarat am yang dikenakan bagi skim-skim ini:
Warganegara Malaysia yang tinggal di Pahang selama 5 tahun
Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
Tidak boleh memiliki rumah sedia ada di bawah nama pemohon ataupun pasangan
Bukan di bawah Rancangan Pembangunan Tanah atau Rancangan Penempatan Semula
Anda boleh semak laman kerajaan ini untuk maklumat lanjut.
7) Perak
Rumahku Aman Jaya adalah skim rumah mampu milik yang disediakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak. Buat masa ini, anda boleh dapatkan rumah sekitar RM130,000 hingga RM480,000.
8) Terengganu
Rumah Mampu Milik (RMM) atau Rumah Pangsa Mampu Milik (RPPM) boleh didapati di sekitar Terengganu meliputi daerah Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Besut dan Marang.
Antara antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia yang menetap di Terengganu
Berumur 21 tahun ke atas
Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah
Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan
Pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
Bagi pemohon dan pasangan yang merupakan penjawat awam, hanya gred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
Isteri kedua/ketiga/keempat layak memohon sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,500
Anda boleh semak laman ini untuk melihat setiap jenis rumah yang ditawarkan.
9) Kelantan
Rumah Mampu Milik Kelantan (RMMK) menyediakan rumah berharga sekitar RM80,000 hingga RM130,000.
Malangnya buat masa kini, tiada sebarang laman rasmi buat skim ini, namun anda boleh hubungi kerajaan negeri untuk membuat pertanyaan.
10) Kedah
Rumah Mesra Rakyat SPNB ditawarkan daripada harga RM45,000 hingga RM65,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 65 tahun
Pendapatan isi rumah kasar bulanan sekitar RM750 hingga RM3,000
Tanah yang mahu didirikan rumah jenis ini mestilah milik anda (yang tiada sebarang sekatan atau pun gadaian) ataupun tanah milik orang lain yang telah mendapat kebenaran dan persetujuan daripada tuan tanah
Luas tanah tersebut mesti sekurang-kurangnya 2,800 kaki persegi
Masih tiada rumah lagi, ataupun rumah yang sedia ada sudah usang dan rosak teruk
11) Pulau Pinang
Kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan rumah mampu milik daripada RM42,000 sehingga RM300,000.
Syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza mengikut kawasan dan jenis rumah yang anda pilih, dan anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.
12) Perlis
Buat masa ini, sebarang maklumat mengenai rumah mampu milik di Perlis adalah di bawah rumah PR1MA sahaja.
13) Sabah
Kerajan negeri Sabah menawarkan Skim Pinjaman Perumahan (SPP) buat golongan pendapatan rendah, dengan nilai maksimum sebanyak RM50,000.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia, dengan keutamaan diberikan kepada penduduk asal Sabah
Berumur 21 hingga 60 tahun
Bukan kakitangan kerajaan
Pendapatan isi rumah di antara RM750 hingga RM2,500
Pemohon belum mempunyai rumah sendiri
Peminjam mesti mempunyai tanah untuk tapak rumah yang akan digunakan sebagai cagaran
Peminjam wajib mengambil skim perlindungan insurans (takaful)
14) Sarawak
Rumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak menawarkan rumah berharga RM50,000 hingga RM100,000.
Buat masa ini laman tersebut masih menanti kemas kini, namun anda boleh hubungi mereka untuk dapatkan maklumat lanjut.
15) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan
Residensi Wilayah adalah merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan. Hartanah dalam skim ni berharga RM300,000 ke bawah.
Antara syarat-syarat yang dikenakan:
Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
Telah tinggal di Wilayah Persekutuan selama tiga tahun
Gaji bulanan tidak melebih RM10,000. Bagi pasangan berkahwin, pendapatan isi rumah tidak melebihi RM15,000
Tidak boleh memiliki sebarang rumah di kawasan wilayah tersebut
Tidak boleh menjual rumah ini dalam tempoh 10 tahun pertama
Rumah ini haruslah digunakan untuk kediaman sendiri dan tidak boleh disewa melainkan dengan kebenaran kerajaan persekutuan
Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang tinggal berdekatan kawasan projek tersebut
Disclaimer
TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. “Rubisyaz Property” is not affiliated with TikTok.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners